Siri Kuliah Ust Azhar Idrus

Friday, February 29, 2008

Undi untuk Islam, Insyallah selamat dunia akhirat..

Assalamualaikum...
Tergerak hati ini untuk membebel lagik kat blog nie.. Semalam, 29-02-08 ambe telah pergi ke ceramah PAS.. buat pertama kalinya ambe pergi ke ceramah itu berseorangan tanpa ditemani oleh rakan-rakan.. kenapa ambe begitu bersemangat nak pergi..? Tak lain dan tak bukan kerna Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah datang di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru.. Alhamdulillah.. buat pertama kalinya ambe mendengar suara Tuan Guru secara live.. sejuk hati.. tenang skit jiwa yang slalu kacau nie..

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, tarikh 08-03-08 merupakan tarik keramat bagi negara kita, Malaysia.. tarikh itu lah yang akan menentukan jatuh bangun kita sebagai umat Islam di malaysia ini.. Jatuh bukan bererti Islam akan terkubur.. Islam tidak akan terkubur.. andaikata Islam telah pupus di malaysia ini, Allah akan menaikkan Islam di tempat lain.. dan sekiranya Islam telah pupus dimuka bumi ini, maka tunggulah datangnya kiamat..

Ambe disinie sekadar ingin menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian agar membuang undi kepada mereka yang memperjuangkan Islam yang satu..Islam yang sebenar.. dan Islam yang akan membimbing kita ke jalan kebenaran.. korang semua mempunyai otak.. korang semua boleh berfikir.. korang semua bukannya golongan yang tidak bersekolah.. maka ambe yakin korang boleh pikir apa yang akan ambe citer kat sinie..

Ambil satu contoh dah la.. Tuan Guru Haji Hadi telah memerintah terengganu selama 4 tahun.. dan korang pon tau kan Idris Jusuh pon telah memerintah terengganu selama 4 tahun.. Apa yang ada pada diri Tuan Guru selama 4 tahun itu..? Bandingkan pula apa yang ada pada Deris jusuh.. fikir fikirkan.. Pemimpin mana yang korang mau untuk memimpin korang.. Wassalam..
NayoE!

Thursday, February 21, 2008

Satu Hari Satu Kuliah..

Salam..
Cuba tengok topik kat atas sana tuh.. apa yang korang nampak..? apa yang korang mengerti dengan Menifesto store kuliah ambe untuk PRU12 nih.. heheh.. "Satu Hari Satu
Kuliah".
Yeah.. itulah menifesto ambe untuk store kuliah ambe! Citernyer lagu nie.. Ambe yakin, kita semua mmg tidak pernah terlepas dari membuat dosa.. kita semua bukannyer tergolong dari golongan yang maksum.. kita adalah manusia biasa yang mana mmg kerap kali lupa dan alpa.. kerna itulah Allah menyuruh kita berpesan-pesan dengan kebenaran.. sama-sama kita mengingati antara satu sama lain.. tak rugi beb.. Anda merupakan seorang yang amat bertuah sekiranya ada orang yang menegur perbuatan salah anda.. percayalah..
Dalam masa 1 hari, Allah memberikan kita masa 24jam seorang.. tak lebih dan tak kurang.. korang perasan tak.. 1/3 daripada 24jam (8jam) korang telah gunakan untuk tidor.. 1/3(8jam) untuk bekerja. selebihnya 1/3 (8jam) untuk korang mengisi masa lapang, untuk anak bini, untuk kawan-kawan dan macam2 lagik la.... amat rugi kalau korang tak dapat cilok masa tersebut at least 1 jam (lepas marghrib-isyak) untuk korang pergi menimba ilmu di surau atau masjid.. nie bukan mengata kat korang, ambe pon sama.. bukan selalu dapat pergi ke surau/masjid antara marghrib dan isyak itu.. Insyaallah kita sama-sama perbetulkan..
Untuk itu, ambe disini berkongsi siri kuliah ustaz azhar idrus untuk korang.. kalau tak dapat nak pegi ke surau/masjid sekurang-kurang nyer dapat lah mendengar satu kuliah untuk satu hari.. bleh la dengar sambil2 mengadap komputer tu.. tak rugi.. ilmu dunia kita telah tuntut dari lahir, masuk ke tabika seterusnya ke skolah rendah, menengah dan ke universiti.. renungkan.. sebanyak mana ilmu ugama yang telah kita dalami..? ambe sendiri berasa begitu rugi..
Apa yang ambe bebelkan kat sini adalah untuk sama-sama kita ambil pengajaran.. apa yang buruk itu semuanya datang dari ambe.. andai kata ada terkasar bahasa, harap dimaafkan.. wassalam..

Senarai update kuliah 210208
1-Undertaker
[Bil dalam playlist: 68]
2- Umat Kambing
[Bil dalam playlist: 69]
3- Uniform Neraka
[Bil dalam playlist: 70]
4- Tok Imam Carlsberg
[Bil dalam playlist: 71]
5- Tok Bilal Jahil
[Bil dalam playlist: 72]
6- Tahlil Turbo
[Bil dalam playlist: 73]
7- Susu Awal Lembu
[Bil dalam playlist: 74]
8- Tipu Wasiat
[Bil dalam playlist: 75]
9- Solat Dhuha, Isqarah, Mutlak
[Bil dalam playlist: 76]
10- Kitab Mawazul Badi'ah Siri 34
[Bil dalam playlist: 77]
11- Ustaz Finance
[Bil dalam playlist: 78]
12- Penawar Lalat
[Bil dalam playlist: 79]
13- Orang Kite
[Bil dalam playlist: 80]

NayoE!


Tuesday, February 19, 2008

Update Siri Kuliah (190208)

Salam..
Ini hari ambe ada menguploadkan skit siri kuliah Ustaz Azhar untuk korang dengar.. Siri kuliah ini di ambil dari laman web manchuping.multiply.com
Berikut merupakan list tajuk kuliah yang telah di add kan ke dalam playlist di atas.. Selamat mendengar ;)
1- Tak Kisah (Siri 23) [Bil dalam playlist: 55]
2- Hidayah Sifu
[Bil dalam playlist: 56]
3- Takut Azan
[Bil dalam playlist: 57]
4- Cerdik Ke Bodoh
[Bil dalam playlist: 58]
5- Muntak Syaitan
[Bil dalam playlist: 59]
6- Gila Hindustan
[Bil dalam playlist: 60]
7- Tokoh Murtad
[Bil dalam playlist: 61]
8- Ustazah Sex
[Bil dalam playlist: 62]
9- Terengganu Besut Mari
[Bil dalam playlist: 63]
10- Mayat Bercakap
[Bil dalam playlist: 64]
11- Fitnah Ulamak
[Bil dalam playlist: 65]
12- Takbir JKK
[Bil dalam playlist: 66]
13- Kopi Jantan
[Bil dalam playlist: 67]

Semperna demam pilihanraya ini, ambe mengajak korang semua agar SOKONGLAH parti yang memperjuangkan ISLAM.. Bukan Islam Liberal mahupun Islam Sekular ataupon Islam Hadhari tetapi Islam yang satu... Yakni Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dan ingatlah, Tuhan akan bertanyakan kepada kita semua suatu hari kelak, kenapakah kamu menaikkan golongan yang menentang Islam.. golongan yang menolak ajaran Islam.. dan golongan yang mengambil Islam ketika mana pabila hukum Islam itu tidak bercanggah dengan nafsu mereka sahaja..

Wassalam..

Wednesday, February 6, 2008

Hukum Lelaki Pakai Gelang Tangan..


HARAM!

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan."Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".

Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad. Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang, kemalangan dsb.


Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu Koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)


Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.

Tuesday, February 5, 2008

Tak penah tengok ker Ustaz nih..?

Salam..
My 2nd post for this blog ;) Giler lama gue tak menulis a.k.a merapu.. Blog baru siap semalam.. ntah .. tetiba rasa bersemangat utk membuat blog.. mujur baru..

Ari nih gue tanak merapu banyak sangat.. pasal gue tarak idea.. tapi bagi sapa-sapa yang lom penah dengar atau tengok video atau pon pegi kuliah ustaz azhar nih, gue rasa baik korang layang dulu la video kuliah dari youtube nih.. Insyallah.. mana tau kot-kot terbuka hati korang nak g surau atau sejid.. yang penting ada niat nak pegi.. ke guaner..?




-haram menyokong orang zalim-

Kuliyah Maghrib Minggu ke3 Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Balok Jaya 2 - Kuantan pada 21 Januari 2008

::: jangan sesekali kita cenderung hati pada golongan yang zalim .. kerana kita akan dibakar dalam api neraka .. na'uzubillah .. patuhilah apa yang telah allah turunkan dalam al-quran .. pencuri potong tangan .. bukan denda dengan wang ringgit .. penzina (bujang - teruna) rotan 100 kali .. bukan denda atau penjara ..

tapi kerajaan yang ada sekarang ini .. adakah mereka melaksanakan apa yang telah allah tetapkan dalam al-quran .. fikirlah wahai orang-2 yang mengaku beriman pada allah .. :::

Video kuliah kat atah tu gue cilok dari laman web siputonline.blogspot.com

Welcome to SESumpahGarage - Ur Kuliah Store!

Salam.. Sekian lama gue menyepikan diri.. sejak penutupan SESumpahStore.org, gue dah tawar hati untuk membuat laman web. Ntah kenapa hari nie terbuka plak hati ini untuk membuat sebuah laman web.. Mungkin dah menjadi darah daging gue di alam internet ini untuk membuat laman web kot..

Akan tetapi, laman web yang baru nie bukanlah untuk mendownload music lagik.. bukan cam dulu.. dah takder lagik dah Music Store/Music Garage.. semua tu dah berkubur.. So..? apa yang baru yang akan gue bawak untuk korang semua..? apa yang korang semua bleh donload dari gue..?

Terimalah Kuliah Store dari gue, sebagai Santapan Rohani.. Ya! santapan rohani setelah bertahun-tahun hidup dalam keadaan melalaikan.. Moga Allah membuka pintu hati kita semua untuk kembali ke jalan yang diredai yakni jalan kebenaran.. Amin..
Wassalam..