Siri Kuliah Ust Azhar Idrus

Thursday, March 27, 2008

Tazkirah: Cicak ‘Si Penjahat Kecil’


DARIPADA Amir bin Saad daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas), katanya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan Baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)

Pada zaman Nabi Ibrahim berlaku satu kisah ketika baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar itu. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Burung itu menjawab: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus api yang membakar Nabi Ibrahim. Ia dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim, walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.

Ihsan dari www.myqalam.net

Sunday, March 23, 2008

Mereka Merancang, Allah Jua Yang Menentukan..

Assalamualaikum..

Sesungguhnya perancangan Allah itu tiada siapa yang dapat menghalangnya.. Try kita pikir-pikir balik.. sebelum start PRU12 lepas, pernahkah terpikir dalam akal pikiran kita yang puak2 munafik ini akan menghadapi masalah dalam menubuhkan kerajaan di Terengganu.. tentu skali tidak kan.. kerna mereka telah menang di Terengganu dengan bergaya skali.. maka bertambah bongkaklah ayoh yeh dengan kemenangan itu..

Akan tetapi, tuhan itu maha adil. tengok skrang.. siapa yang berpecah belah..? siapa yang skrg memonopoli demostrasi jalanan..? "INI BUKAN BUDAYA KITA"! siapa yang meludah kelangit dan akhirnya air liur mereka terkena kembali ke atas batang hidung mereka.. kotor sungguh..

Hari ini kita melihat bagaimana puak2 munafik ini bertindak menyalahi adap tatasusila orang Melayu.. Rukun negara yang mereka bangga-banggakan itu dimana letaknya..? "Kesetiaan kepada raja dan negara".. sudahlah kitab al Quran pon tanak diikut, perlembagaan ciptaan sendiri pon dilanggar.. kerna apa..? kerna semua itu tidak menepati hawa nafsu mereka.. Insaflah....

Apa-apa pon, ambe berharap agar kita semua tidak leka dan tidak terlalu gembira dengan situasi yang telah tuhan tunjukkan sekarang.. marilah kita mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ini.. Insyallah kemenangan Islam pasti akan tiba kelak.. Takbir!

Senarai Update 230308, Kuliah ustaz Azhar:

1- Umat Tauhid
[Bil dalam playlist: 84]
2- Tok Guru Dajjal [Bil dalam playlist: 85]
3- Teman di Kubur [Bil dalam playlist: 86]
4- Pintu Taubat [Bil dalam playlist: 87]
5- Nyawa Bini [Bil dalam playlist: 88]
6- Laungan Takbir [Bil dalam playlist: 89]

7- Hikmah Qurban [Bil dalam playlist: 91]
8- Kafalam Yara [Bil dalam playlist: 90]


Wassalam..
NayoE!