Salam.. sahabat-sahabat sekalian dijemput untuk melayari laman web Kuliyah.net . Laman web ini merupakan kesinambungan dari laman sesumpahgarage.blogspot.com. wassalam..
Siri Kuliah Ust Azhar Idrus
Tuesday, May 27, 2008
Friday, May 2, 2008
Kenali Dajjal
[Dengar Kuliah Mengenai Dajjal]
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu." di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A'lam.
"Sesungguhnya hanya Allah lebih Mengetahui RahsiaNya.."
Link Mengenai Dajjal:
1-http://dajjal.wordpress.com/

Sunday, April 20, 2008
Update Kuliah Ustaz Azhar Idrus 210408
Assalamualaikum wbt..
Doh nie duk maner nie? (Tinggal kat mana nie?) Ambe duk kat Wakah Bruah je Ustaz (Saya tinggal di Kg Wakaf Beruas). Begitulah pertanyaan Ustaz Azhar kepada ambe selepas ambe bersalaman dengan beliau selepas kuliah di Gelung Bilal semalam.. ;) Tenang rasa jiwa ini...
Heheh.. Jarang skali ambe dapat berbual dengan Ustaz.. Kalau sempat berbual pon tak lama.. Kali pertama ambe berbual dengan beliau ketika berada di kedai komputer Dynabytes.. Ambe memberi salam dan bersalaman dengan beliau.. memang mesra.. kalau ada kesempatan mmg teringin sangat berbual panjang dengan ustaz.. Insyallah.. Pernah juga ambe chatting dgn ustaz dalam Yahoo Messenger.. susah jugak nak mencarik nick apa yang beliau guna.. tapi dunia internet nie kecik aja kan.. search je kat google kompirm dapat nyer..
Worite.. time to list all new update list utk minggu nie.. Wassalam..
Update Kuliah Ustaz Azhar Idrus 210408:
1- Banduan Akhirat [Bil dalam playlist: 98]
2- Destinasi Terakhir [Bil dalam playlist: 99]
3- Bekal Mati [Bil dalam playlist: 100]
4- Gerhana Bulan [Bil dalam playlist: 101]
5- Kasih Sejati [Bil dalam playlist: 102]

Tuesday, April 15, 2008
Istigfar Melembutkan Api Kemarahan..
Assalamualaiku. w.b.t.
Pertama skali, ambe memohon ampun maaf kerna tidak berkesempatan untuk mengupdatekan store kuliah ini pada minggu lepas.. bukan malas tapi duk main-main banyak sgt.. heheh ;)
Main-main banyak sangat, hahha.. skali hari ini kene marah di big boss.. mari kita lihat siapa yang kena.. maunyer merah padam telinga ambe tadik.. terasa nak menjawab ada gak tadik.. apa dia ingat dia sorang jer buleh marah.. alhamdulillah.. teringat pesan ustaz.. time dia marah-marah tahap gaban ambe try beristigfar slow-slow dalam hati.. Benar skali, api kemarahan dalam hati ini menjadi reda.. syukur yang amat sangat.. kalau tak masakan ambe dapat mengupdate siri kuliah kat store nie ;) teringat gak ustaz suruh bang (azan) kuat-kuat kalau polis/jpj nak saman, ingat la nak praktik dlm opis boss tadik.. hehhe.. tapi tak buat.. tengok la.. mungkin lain kali kot..
Wokeh.. nak membebel panjang2 pon tarak idea.. kang tak pasal-pasal boss muncul kat blakang mau nyer kene penampor.. Wassalam..
Senarai Update Kuliah Ustaz Azhar Idrus [160408]:
1- Qiamullai vs Kareoke [Bil dalam playlist: 92]
2- Banduan Akhirat [Bil dalam playlist: 93]
3- 12 Ribu Dosa [Bil dalam playlist: 94]
4- Adab Sembelih [Bil dalam playlist: 95]
5- Bab Jenazah [Bil dalam playlist: 96]
6- Cahaya Al-Kahfi [Bil dalam playlist: 97]

Thursday, March 27, 2008
Tazkirah: Cicak ‘Si Penjahat Kecil’
DARIPADA Amir bin Saad daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas), katanya: “Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan Baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’.” (Hadis riwayat Muslim)
Pada zaman Nabi Ibrahim berlaku satu kisah ketika baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang-alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar itu. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”
Burung itu menjawab: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus api yang membakar Nabi Ibrahim. Ia dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim, walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan.
Ihsan dari www.myqalam.net
Sunday, March 23, 2008
Mereka Merancang, Allah Jua Yang Menentukan..
Assalamualaikum..
Sesungguhnya perancangan Allah itu tiada siapa yang dapat menghalangnya.. Try kita pikir-pikir balik.. sebelum start PRU12 lepas, pernahkah terpikir dalam akal pikiran kita yang puak2 munafik ini akan menghadapi masalah dalam menubuhkan kerajaan di Terengganu.. tentu skali tidak kan.. kerna mereka telah menang di Terengganu dengan bergaya skali.. maka bertambah bongkaklah ayoh yeh dengan kemenangan itu..
Akan tetapi, tuhan itu maha adil. tengok skrang.. siapa yang berpecah belah..? siapa yang skrg memonopoli demostrasi jalanan..? "INI BUKAN BUDAYA KITA"! siapa yang meludah kelangit dan akhirnya air liur mereka terkena kembali ke atas batang hidung mereka.. kotor sungguh..
Hari ini kita melihat bagaimana puak2 munafik ini bertindak menyalahi adap tatasusila orang Melayu.. Rukun negara yang mereka bangga-banggakan itu dimana letaknya..? "Kesetiaan kepada raja dan negara".. sudahlah kitab al Quran pon tanak diikut, perlembagaan ciptaan sendiri pon dilanggar.. kerna apa..? kerna semua itu tidak menepati hawa nafsu mereka.. Insaflah....
Apa-apa pon, ambe berharap agar kita semua tidak leka dan tidak terlalu gembira dengan situasi yang telah tuhan tunjukkan sekarang.. marilah kita mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ini.. Insyallah kemenangan Islam pasti akan tiba kelak.. Takbir!
Senarai Update 230308, Kuliah ustaz Azhar:
1- Umat Tauhid [Bil dalam playlist: 84]
2- Tok Guru Dajjal [Bil dalam playlist: 85]
3- Teman di Kubur [Bil dalam playlist: 86]
4- Pintu Taubat [Bil dalam playlist: 87]
5- Nyawa Bini [Bil dalam playlist: 88]
6- Laungan Takbir [Bil dalam playlist: 89]
7- Hikmah Qurban [Bil dalam playlist: 91]
8- Kafalam Yara [Bil dalam playlist: 90]
Wassalam..

NayoE!
Friday, February 29, 2008
Undi untuk Islam, Insyallah selamat dunia akhirat..
Assalamualaikum...
Tergerak hati ini untuk membebel lagik kat blog nie.. Semalam, 29-02-08 ambe telah pergi ke ceramah PAS.. buat pertama kalinya ambe pergi ke ceramah itu berseorangan tanpa ditemani oleh rakan-rakan.. kenapa ambe begitu bersemangat nak pergi..? Tak lain dan tak bukan kerna Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah datang di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru.. Alhamdulillah.. buat pertama kalinya ambe mendengar suara Tuan Guru secara live.. sejuk hati.. tenang skit jiwa yang slalu kacau nie..
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, tarikh 08-03-08 merupakan tarik keramat bagi negara kita, Malaysia.. tarikh itu lah yang akan menentukan jatuh bangun kita sebagai umat Islam di malaysia ini.. Jatuh bukan bererti Islam akan terkubur.. Islam tidak akan terkubur.. andaikata Islam telah pupus di malaysia ini, Allah akan menaikkan Islam di tempat lain.. dan sekiranya Islam telah pupus dimuka bumi ini, maka tunggulah datangnya kiamat..
Ambe disinie sekadar ingin menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian agar membuang undi kepada mereka yang memperjuangkan Islam yang satu..Islam yang sebenar.. dan Islam yang akan membimbing kita ke jalan kebenaran.. korang semua mempunyai otak.. korang semua boleh berfikir.. korang semua bukannya golongan yang tidak bersekolah.. maka ambe yakin korang boleh pikir apa yang akan ambe citer kat sinie..
Ambil satu contoh dah la.. Tuan Guru Haji Hadi telah memerintah terengganu selama 4 tahun.. dan korang pon tau kan Idris Jusuh pon telah memerintah terengganu selama 4 tahun.. Apa yang ada pada diri Tuan Guru selama 4 tahun itu..? Bandingkan pula apa yang ada pada Deris jusuh.. fikir fikirkan.. Pemimpin mana yang korang mau untuk memimpin korang.. Wassalam..

Subscribe to:
Posts (Atom)