Siri Kuliah Ust Azhar Idrus

Friday, February 29, 2008

Undi untuk Islam, Insyallah selamat dunia akhirat..

Assalamualaikum...
Tergerak hati ini untuk membebel lagik kat blog nie.. Semalam, 29-02-08 ambe telah pergi ke ceramah PAS.. buat pertama kalinya ambe pergi ke ceramah itu berseorangan tanpa ditemani oleh rakan-rakan.. kenapa ambe begitu bersemangat nak pergi..? Tak lain dan tak bukan kerna Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah datang di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru.. Alhamdulillah.. buat pertama kalinya ambe mendengar suara Tuan Guru secara live.. sejuk hati.. tenang skit jiwa yang slalu kacau nie..

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, tarikh 08-03-08 merupakan tarik keramat bagi negara kita, Malaysia.. tarikh itu lah yang akan menentukan jatuh bangun kita sebagai umat Islam di malaysia ini.. Jatuh bukan bererti Islam akan terkubur.. Islam tidak akan terkubur.. andaikata Islam telah pupus di malaysia ini, Allah akan menaikkan Islam di tempat lain.. dan sekiranya Islam telah pupus dimuka bumi ini, maka tunggulah datangnya kiamat..

Ambe disinie sekadar ingin menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian agar membuang undi kepada mereka yang memperjuangkan Islam yang satu..Islam yang sebenar.. dan Islam yang akan membimbing kita ke jalan kebenaran.. korang semua mempunyai otak.. korang semua boleh berfikir.. korang semua bukannya golongan yang tidak bersekolah.. maka ambe yakin korang boleh pikir apa yang akan ambe citer kat sinie..

Ambil satu contoh dah la.. Tuan Guru Haji Hadi telah memerintah terengganu selama 4 tahun.. dan korang pon tau kan Idris Jusuh pon telah memerintah terengganu selama 4 tahun.. Apa yang ada pada diri Tuan Guru selama 4 tahun itu..? Bandingkan pula apa yang ada pada Deris jusuh.. fikir fikirkan.. Pemimpin mana yang korang mau untuk memimpin korang.. Wassalam..
NayoE!

No comments: